Friday, 26 February 2016

PENGERTIAN DASAR EKONOMI BARU



Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 selepas negara dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969. Siapa sangka bahawa peristiwa rusuhan kaum ini merupakan kejutan sosiopolitik terhadap kehidupan masyarakat majmuk di negara kita yang dipisahkan jurang sosioekonomi yang sangat ketara oleh penjajah tanpa diatasi sepenuhnya pemimpin terdahulu. Atas dasar demi kemakmuran dan keamanan yang perlu dikekalkan, maka kerajaan mengambil telah langkah bijak dengan usaha mengagihkan kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum bumiputera yang jauh ketinggalan dalam menikmati kemakmuran dalam negara sendiri menerusi DEB. DEB merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang meliputi tempoh antara tahun 1970-1990 melalui:

  • Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
  • Rancangan Malaysia Ketiga (1976- 1980)
  • Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
  • Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990 )

Bagaimana pun, masyarakat bukan bumiputera juga tidak dinafikan hak mereka. Dalam pelaksanaan DEB, konsep serampang dua mata sangat popular digunakan kerana terdapat dua matlamat yang digariskan dalam dasar ini iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di negara kita. Kedua-dua matlamat ini mempunyai tuju arah yang satu iaitu mengintegrasikan masyarakat majmuk Malaysia.

OBJEKTIF

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah megusahakan satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan.

RASIONAL

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah seperti berikut:




Dari kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan dan rekod dari Pendaftar Syarikat adalah didapati hakmilik dan penguasaan sektor syarikat-syarikat pada tahun 1971 adalah seperti berikut:


Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:


STRATEGI PELAKSANAAN DASAR EKONOMI BARU
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:
I. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluangpekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

II. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalankaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

STRATEGI MEMBASMI KEMISKINAN

Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat utama DEB. Hal ini kerana pencetus dasar ini jelas disebabkan ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik.Antara strategi membasmi kemiskinan yang dilaksanakan dalam DEB ialah :

1.   Memodenkan Keadaan Kehidupan Rakyat Yang Berpendapatan Rendah
  • Keadaan masyarakat Malaysia sebelum DEB sangat berbeza-beza apatah lagi hanya masyarakat yang tinggal di bandar sahaja menikmati kemudahan-kemudahan asas seperti perubatan, pendidikan dan sebagainya manakala masyarakat di luar jauh ketinggalan. Meningkatkan Lagi Penyediaan Kemudahan-Kemudahan Asas Dan Juga Yang Bersabit Dengan Pendidikan Seperti Bantuan Buku Dan Biasiswa.

2.   Memodenkan Keadaan Kehidupan Rakyat


  • Dengan menyediakan kemudahan asas iaitu pendidikan, perkhidmatan, perubatan, bekalan air dan bekalan elektrik sekaligus jurang kemiskinan dapat dikendurkan.


3.   Membuka Lebih Banyak Peluang Pekerjaan Kepada Semua Kaum Tanpa Terikat Lagi Dengan Dasar Ekonomi Pecah Dan Perintah Penjajah.

  • Kaum Melayu diberi peluang luas menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang lain yang sebelum ini kaum Melayu amat terikat dengan kegiatan pertanian sara diri di luar bandar.
  • Kaum lain seperti Cina dan India turut diberi peluang mencebur diri dalam bidang ekonomi lain seperti bidang perkhidmatan dan perindustrian.


4.   Penyertaan Semua Kaum Dalam Sektor-Sektor Yang Berpotensi Tinggi Dan Daya Pengeluaran Yang Tinggi Seperti Perniagaan, Perindustrian Dan Juga Perkhidmatan.

  • Hal ini bertujuan agar rakyat Malaysia yang mempunyai modal yang besar digalakkan menceburkan diri dalam bidang berpotensi tinggi sekaligus membantu pembangunan ekonomi negara dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum. 
5.   Memajukan Lagi Daya Pengeluaran Golongan Miskin
  • Menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti rancangan tanah FELDA, FELCRA, projek perikanan dan ternakan moden, kegiatan perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan moden, kemudahan bantuan kewangan dan teknik, serta peluang pendidikan dan latihan.

6.   Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahankemudahan infra-struktur dan lain-lain.
  • Pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih baik, dengan program-program tanaman padi dua kali setahun, tanaman padi luar musim, kemudahan parit dan tali air, kemudahan pasaran dan kredit demi membantu golongan bumiputera di kawasan luar bandar.


STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT
Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysiaakan melambangkan komposisi kepentingan kaum di Negara ini , di mana penyertaan Bumiputerasebanyak 30% , 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.Salah satu strategi menyusun semula masyarakat Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusunialah:

1.    Menambahkan Pemilikan Rakyat Dalam Sektor Swasta.
  • Strategi ini bertujuan meningkatkan pemilikan kaum bumiputera sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah saham dalam sektor swasta dan perniagaan.
  • Perkara ini tidak bermakna menafikan hak bukan bumiputera kerana DEB juga jelas menggariskan bahawa penglibatan mereka boleh mencapai sehingga tahap 40% dalam tempoh yang sama dan selebihnya pelabur-pelabur asing. Hal ini disebabkan kaum bumiputera memang ketinggalan dalam pemilikan ekonomi sejak negara kita mencapai kemerdekaan
2.    Membina Satu Masyarakat Perdagangan Dalam Kalangan Bumiputera.

  • Matlamat untuk membentuk sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) telah disokong oleh kerajaan melalui pemberian kontrak,kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera dan syarikat usaha sama dengan bumiputera.


3.    Masyarakat Pedagang
  • Menambahkan pemilikan bumiputera dalam ekonomi melalui penubuhan UDA dan pelancaran Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional.
  • Selain itu, Akta Penyelarasan Perindustrian (1975) juga telah diluluskan dalam tempoh DEB. Perkara ini jelas ingin memastikan penglibatan 30% bumiputera dalam pemilikan ekonomi tercapai.
  • Kerajaan juga telah menyediakan beberapa pakej sokongan baru untuk mencapai matlamat ini seperti Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus kadar pengangguran negara dapat dikurangkan.


4.    Memajukan negeri dan membangunkan kawasan-kawasan yang selama ini mundur tetapi berpotensi tinggi iaitu pembangunan wilayah:
  • Objektif rancangan dan pembangunan wilayah di bawah DEB adalah mengurangkan ketidaksamaan tingkat kehidupan di antara kawasan-kawasan dengan menggandakan kadar pertumbuhan yang berhubung dengan kawasan-kawasan yang kurang membangun, mengeksploitasi sepenuhnya potensi sumber-sumber tenaga manusia dan fizikal di kawasan kurang membangun dan dengan menyamaratakan agihan perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan asas.
  • Antara wilayahnya ialah:
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

  • Perancangan Wilayah ini boleh terbahagi kepada tiga kategori iaitu:

      i.            Perancangan untuk pembangunan sumber-sumber kawasan seperti Johor Tenggara, Perak Utara, Melaka dan Utara Semenanjung.
  ii.            Rancangan kawasan-kawasan utara atau pusat-pusat pertumbuhan, termasuklah Rancangan Lembah Kelang, Pelan Induk Pulau Pinang, Rancangan Johor Selatan dan Rancangan Kuantan.
iii.            Rancangan pembangunan pertanian untuk kawasan Perak hingga barat daya Johor.DEB juga turut memberi ruang kepada pembangunan bandar, Kerajaan telah mencorakkan perbandaran-perbandaran baru dan pembinaan industri-industri baru supaya kepentingan kaum Melayu sentiasa diuatamakan. Kerajaan telah menitikberatkan latihan kemahiran kepada kaum Melayu agar mereka berkebolehan mengurus, mentadbir, atau memiliki perusahaan-perusahaan. Perkara ini telah mengalakkan penghijrahan orang Melayu dari luar bandar ke bandar.

1.    Membentuk Sebuah Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Di Kalangan Orang Melayu Dan Kaum Bumiputera Supaya Dapat Membentuk Dan Memiliki 30% Ekonomi Dan Menubuhkan Beberapa Agensi
  • menyediakan keperluan-keperluan teknikal dan bantuan kewangan kepada kaum Melayu dan bumiputera yang lain dalam bidang moden, sama ada secara keseluruhan ataupun secara usaha bersama.
  • Antara agensi ialah:

·       Majlis Amanah Rakyat (MARA)
·       Perbadanan Nasional (PERNAS)
·       Malaysian Industrial Development Finance (MIDA)
·       Urban Development Authority (UDA)
2.    Meluaskan Lagi Peluang-Peluang Pelajaran Dalam Dan Luar Negeri.
  • Hal ini bermaksud kerajaan telah mengalakkan lebih golongan bumiputera melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara demi menambahkan jumlah pekerja bumiputera dalam bidang profesional seperti guaman, perubatan dan lain-lain lagi.
  • Kerajaan juga telah membina dan menyediakan lebih banyak sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan juga turut menyediakan kemudahan sampingan yang lain bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan rakyat. 
  • Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, kerajaan turut menyediakan kemudahan biasiswa dan kerajaan turut memberi kuota kepada orang Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam. 


  • Hal ini juga disebabkan kaum bumiputera jauh ketinggalan ke belakang dalam bidang pendidikan dan ini juga menjadi asas penting kepada perubahan besar ekonomi Malaysia serta pemindahan secara beransur-ansur pekerja-pekerja Bumiputera ke sektor-sektor moden industri dan bidang yang diharapkan. Hasilnya daripada itu, kenaikkan pendapatan purata bulanan isi rumah kaum Melayu di Semenanjung adalah 5 kali ganda antara tahun 1970 dengan 1990, berbanding kaum Cina yang cuma 4 kali ganda pada tempoh yang sama.



3.    Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapatsekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi

  • Didapati Kaum Melayu Yang Terlibat Dalam Sektor Pertama, Khususnya Pertanian Masih Tinggi. Walau Bagaimanapun, Penglibatan Kaum Melayu Dalam Sektor Kedua Dan Ketiga Telah Bertambah. Keahlian Bumiputera Dalam Kumpulan Profesional Seperti Arkitek, Akauntan, Jurutera Dan Doktor Di Malaysia Juga Telah Berkembang Dengan Cepat.